Friday, 6 November 2015

Khasiat Daun Kucai


1. OBATI SAKIT TEKAK & SAKIT PERUT
Kucai dipercayai mampu melegakan sakit tekak. Ia juga mampu melegakan sakit perut yang ringan. 

2. MENCEGAH SERANGAN JANTUNG
Kucai dikatakan mampu melindungi diri daripada penyakit jantung, strok dan juga mampu membantu tubuh mencegah bakteria yang menyebabkan penyakit. 

3. MEREDAKAN SENGGUGUT
Kucai juga mampu mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.

4. MERANSANG SELERA MAKAN
Kucai diaktakan mampu merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau.

5. EJEN ANTISEPTIK
Kucai bertindak sebagai bahan antiseptik untuk membunuh bakteria jahat yang terdapat dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses penyempitan serta pengembangan usus. 

6. SUMBER VITAMIN C
Kucai mengandungi vitamin c yang mampu mencegah selsema dan 
berupaya mempercepatkan penyembuhan dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus/lendir. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.

7. MENURUNKAN TAHAP KOLESTROL
Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Oleh yang demikian, pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.

0 komentar:

Post a Comment

"Terima kasih telah berkunjung ke blog saya, silahkan berkomentar dengan sopan"